Jom Kenali Perkhidmatan Pintar Nadi Bersama Komuniti Rantau Panjang

17 Februari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Februari 2025 (Ahad), NADI Kg. Jeriah telah dijemput untuk bersama-sama menjayakan program anjuran NADI Rantau Panjang iaitu program Jom Kenali Perkhidmatan Pintar NADI Bersama Komuniti Rantau Panjang yang berlangsung di NADI Rantau Panjang. Program ini telah berlangsung dari jam 8:00 pagi sehingga Jam 12:30 tengah hari.

Antara pengisian program adalah pengenalan kepada perkhidmatan pintar NADI, taklimat NADI Safe & Shield, pengenalan kepada eKelas dan DiLea, eSukan, NADI MAHIR dan pembukaan kaunter MyDigital ID dan kaunter saringan kesihatan. Selain itu juga, terdapat kaunter pameran barangan usahawan dari usahawan NADI Rantau Panjang.

Di samping itu juga, turut diadakan adalah sesi soal jawap, kuiz dan cabutan bertuah. Penglibatan dari komuniti Rantau Panjang amat memuaskan dan program berjalan dengan lancar. Semua peserta yang telah hadir pada program ini turut didaftarkan menjadi ahli NADI secara percuma.

Diharap dengan adanya program seperti ini, ia dapat mempromosikan program Perkhidmatan Pintar kepada komuniti setempat khususnya komuniti Rantau Panjang dan komuniti Kampung Jeriah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali